Memilih jurugambar untuk acara yang sangat istimewa, seperti pernikahan atau pra-wedding bukan perkara yang mudah. Banyak bakal pengantin mengakui bahawa mereka memerlukan masa yang cukup lama untuk untuk menentukan jurugambar pilihannya . Untuk itu, ada baiknya jika anda mengetahui beberapa tips-tips dalam memilih jurugambar untuk perkahwinan. Jangan sampai anda menyesal kerana jurugambar yang anda lantik tidak profesional. Bagaimanakah cara memilih jurugambar? Berikut adalah tips-tips mencari dan memilih jurugambar yang bagus.
1. Tentukan belanja yang akan dikeluarkan untuk majlis. Perkara yang harus diingat adalah memilih jurugambar tidak perlu dengan belanja besar. Dengan kata lain, banyak jurugambar yang menawarkan harga standard. Jadi fahami dulu belanjawan dalam majlis anda sendiri.
2. Cari rujukan di internet. Anda boleh melihat beberapa blog dan juga website jurugambar. Cari jurugambar yang dekat dengan tempat tinggal anda atau lokasi majlis anda. Perkara ini sudah tentu mengurangkan perbelanjaan, terutamanya kos perjalanan untuk jurugambar tersebut.
3. Tetapkan harga pakej majlis. Ada banyak kes di mana pelanggan sudah membayar tinggi, namun hasilnya tidak bersesuaian dengan harga. Jadi, sewaktu berbincang dengan jurugambar, tanya lebih terperinci mengenai pakej yang ditawarkan.
4. Jika anda mempunyai lebihan masa, usahakan untuk berbincang dengan beberapa jurugambar yang sudah anda pilih, sehingga anda dapat mengetahui mana yang terbaik dan membuat keputusan yang tepat. Mungkin anda juga dapat melihat beberapa contoh produk-produk mereka.
5. Jika anda sudah menentukan jurugambar untuk majlis anda, pastikan anda sudah berjumpa dengan mereka seminggu atau sehari sebelum majlis. Penting juga untuk menjemput mereka ke melihat lokasi sebelum hari majlis. Apakah tujuannya? Anda boleh menjelaskan bila mereka perlu datang, apa yang perlu mereka rakam, dan juga mereka tahu selok belok lokasi yang akan digunakan.
Itulah beberapa tips yang akan membantu anda dalam mencari dan memilih jurugambar yang bagus untuk sesebuah majlis. Mencari dan memilih jurugambar yang bagus tidak susah sebenarnya asalkan anda sudah tahu tips-tipsnya.
- See more at: http://www.perempuan.com/read/tips-mencari-dan-memilih-photografer-yang-bagus#sthash.l53nYE7Q.dpuf