Terdapat beberapa teknik untuk menyusun gambar dalam album.
1. PASTIKAN PILIHAN ALBUM DAN SAIZNYA
2. PERANCANGAN TEKNIK RAKAMAN GAMBAR PADA SETIAP ATURCARA MAJLIS
3. PEMILIHAN GAMBAR MENGIKUT ALBUM YANG DIPILIH
4. TEKNIK PENAMBAHBAIKAN GAMBAR
5. PERLETAKAN TEKS DAN GAMBAR YANG SESUAI DALAM ALBUM
6. MEMBUAT TEMPLATE ALBUM
1. PASTIKAN PILIHAN ALBUM DAN SAIZNYA.
Penting untuk kita pastikan album dan saiz yang akan dipilih samada Album Berpelekat, Album Custom/Storybook atau Photobook. Untuk mengetahui saiz yang ada, perlu untuk kita pastikan di kedai-kedai percetakan yang ada di sekitar Malaysia.

Setiap majlis mempunyai aturcara yang berbeza. Jadi, kita perlu tahu dan bersiap sedia untuk setiap aktiviti yang ada dalam sesebuah majlis. Perancangan rakaman gambar dari segi teknik view (wide atau micro), framing (horizontal atau vertical) dan pelbagai teknik akan lebih mudah mengikut aturcara yang disediakan dari awal hingga akhir acara. Proses ini amat penting kerana memudahkan anda semasa proses pemilihan gambar untuk diletakkan dalam album yang dipilih nanti.
3. PEMILIHAN GAMBAR MENGIKUT ALBUM YANG TELAH DIPILIH.
Setelah habis tugasan rakaman gambar dalam sesebuah majlis dengan menggunakan pelbagai teknik rakaman kamera, pemilihan gambar mengikut kesesuaian album pun bermula. Contohnya, untuk satu mukasurat album berpelekat dapat memuatkan 4 keping foto bersaiz 4R disusun secara melintang atau 3 keping foto bersaiz 4R disusun secara menegak. Perkara inilah yang telah kita sediakan seawal rakaman gambar lagi. Teknik ini juga boleh dilakukan dengan album photobook dan custom album. Susunan gambar juga penting untuk menunjukkan perjalanan awal hingga akhir sesebuah majlis. Oleh itu, susunan gambar dalam album akan lebih mudah dan secara automatik akan menjadi lebih kemas.

Contohnya, seperti beberapa gambar di atas. Untuk majlis perkahwinan Akma dan Wan, mereka memilih album photobook saiz 8''x12''. Untuk rakaman gambar semasa sedang bersiap, saya lebih gemar untuk menggunakan framing horizontal dengan teknik macro view. Manakala, untuk acara penggayaan pengantin, framing vertical lebih sesuai digunakan dan mudah untuk disusun dalam album nanti. Acara perarakan pengantin wide view lebih sesuai dan diletakan secara penuh dalam satu mukasurat agar nampak susana kemeriahan acara perarakan itu. Mungkin anda mempunyai idea yang lebih baik lagi?
4.TEKNIK PENAMBAHBAIKAN GAMBAR
Untuk kerja lebih pantas dan mudah, semasa rakaman gambar kita telah bersiap sedia dari segi setting untuk pencahayaan, framing, white balance dan view yang akan kita rakamkan. Ini memudahkan kita semasa kerja editing gambar nanti. Kita tidak perlu banyak menggunakan teknik cropping pada gambar dan tidak perlu menghabiskan banyak waktu untuk penambahbaikan warna dalam sesebuah gambar.

Gambar SEBELUM (kiri) dirakam menggunakan teknik wide view supaya mudah untuk kita membuat penambahbaikan dari segi menghilangkan objek yang tidak sepatutnya dan teknik cropping. Hanya sedikit penambahbaikan pada warna supaya warna nampak lebih bersih. Lihat gambar SELEPAS (kanan) penambahbaikan. Gambar keluarga ini sesuai untuk dibingkaikan.
5. PERLETAKAN TEKS DAN GAMBAR YANG SESUAI DALAM ALBUM
Sila pastikan tiada teks atau gambar di letakkan 2 inci dari tepi album supaya perletakan teks dan gambar tersebut tidak terpotong setelah album siap. Lebih elok jika letak teks di tengah-tengah album atau gambar diletakkan penuh dalam satu mukasurat. Adalah bahaya jika teknik susunan gambar kurang daripada 2 inci dari tepi album kerana perletakan gambar akan menjadi tidak sekata setelah proses pemotongan tepi album. Secara automatik, susunan gambar menjadi tidak kemas.

Gambar di atas menunjukkan contoh edit yang tidak selamat apabila proses pemotongan tepi album
Salah satu cara edit yang selamat dan kemas.
6.MEMBUAT TEMPLATE ALBUM
Simpan template album yang anda telah edit untuk memudahkan anda membuat rujukan pada masa akan datang. Selain itu, anda juga boleh memperbaiki template anda dari masa ke semasa.

Semoga Berjaya...