Pakej 2009
Sricandid Photography menawarkan pakej baru untuk semester kedua pada tahun 2009 yang lebih prektikal dan lebih kualiti untuk pelanggan-pelanggan yang bertuah.
Pakej Sricandid kali ini menepati selera pelanggan. Terdapat pelbagai bentuk album dan cenderahati yang bakal anda perolehi. Sricandid lebih selesa jika dapat bertemu dan berbincang dengan pelanggan secara langsung. Seterusnya, anda juga dapat melihat dan merasai sendiri hasil karya sricandid. Sricandid akan membuat sebutharga mengikut bajet yang anda mahukan mengikut pasaran pada masa itu juga.
Setiap pembayaran adalah secara tunai mengikut terma dan syarat. Wang pendahuluan tidak akan dipulangkan jika berlaku pembatalan perkhidmatan fotografi.
Sricandid kini berada di kawasan Bandar Sri Damansara untuk kemudahan bertemu pelanggan. Masa yang sesuai untuk temujanji adalah seperti berikut:
Isnin-Jumaat : 2ptg - 9mlm
Sabtu-Ahad : 10pg - 9mlm (jika tiada tugasan)
Anda juga dialu-alukan untuk datang sendiri ke lokasi sricandid untuk melihat pelbagai contoh produk.
Terma+Syarat
Kaedah pembayaran adalah seperti dibawah:
- 20% wang pendahuluan
- 40% seminggu sebelum tarikh majlis
- 40% semasa penghantaran produk
Kos perjalanan:
1. Bayaran petrol+toll akan dikenakan mengikut 'mini toll fare calculation' http://www.plus.com.my/. Setiap kilometer akan dikenakan RM0.60 untuk pelanggan diluar kawasan KL/Selangor.
2. Tiket penerbangan/keretapi mesti disahkan dalam masa 2 bulan sebelum tarikh majlis. Untuk tempahan tiket, sila rujuk airasia.com (penerbangan) or http://www.ktmb.com.my/ (keretapi).
Penginapan:
Disediakan oleh pelanggan atau bayaran RM100 akan dikenakan untuk satu (1) hari.