Nak share sikit...
Ditulis oleh:
Azizan Aziz (pengasas www.ebookfotografi.com)

Fotografi perkahwinan pada masa sekarang telah berkembang pesat, sejajar dengan perkembangan kamera digital dan juga teknik-teknik fotografi yang terbaru. Tidak dinafikan ramai jurugambar perkahwinan pada masa kini terikut-ikut dengan ‘trend’ mengambil gambar perkahwinan secara ‘candid’, ‘photojournalistic’ dan juga ‘contemporary’.
Walaupun pada dasarnya kesemua konsep atau ‘style’ di atas adalah bagus, namun terdapat satu aspek dalam fotografi perkahwinan yang kurang diambil berat oleh kebanyakan jurugambar perkahwinan masakini. Gambar posing atau ‘pose’ adalah salah satu bahagian yang amat penting dalam fotografi perkahwinan dan gambar-gambar posing selalunya paling digemari oleh pasangan pengantin.
Konsep atau ‘style’ anda mungkin tidak mementing gambar posing tetapi harus ditekankan disini bahawa terdapat segelintir ahli keluarga pengantin yang mungkin ingin melihat gambar-gambar sebegini. Jadi tidak salah kiranya anda mengambil sedikit gambar posing yang mungkin lari dari konsep asal yang anda bawa.
Tidak kira apa juga konsep atau style fotografi perkahwinan anda, gambar posing adalah gambar yang perlu anda ambil dalam sesuatu majlis perkahwinan dan untuk mendapat gambar posing yang terbaik, terdapat 5 kesalahan besar yang patut anda elakkan.

Gambar oleh Azizan Aziz (pengasas www.ebookfotografi.com)
1) MELAKUKAN PENGGAMBARAN SECARA TERGESA-GESA
Anda mungkin kesuntukan masa dan sebagainya. Di sini perlu ditekankan supaya anda tidak mementingkan kuantiti, tetapi lihat pada kualiti. Gambar pose yang banyak tetapi hiasan rantai pada leher pengantin lelaki yang terbalik atau selendang yang tidak terurus pada pengantin perempuan tidak akan memberi makna kepada semua gambar anda. Lihat betul-betul pada kedua-dua pengantin dan ambil masa 1-2 minit bagi setiap pose untuk membetulkan apa-apa yang dirasakan tidak elok (tengkolok,lengan baju,sampin,selendang,keris dan sebagainya).
2) TIDAK TAHU TEKNIK POSING YANG BETUL
Walaupun posing mungkin dilihat sebagai perkara yang mudah tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat ketika anda meminta pengantin untuk membuat pose-pose yang tertentu. Gaya posing dengan teknik yang betul boleh membuatkan pengantin anda nampak lebih menarik. Melalui teknik yang betul juga anda boleh membuatkan pengantin kelihatan nampak lebih kurus dan inilah yang dikehendaki oleh semua pengantin terutama sekali pengantin perempuan. Cara meletakkan lengan, tangan, kedudukan kaki dan sebagainya memainkan peranan penting semasa menggayakan pose-pose tertentu.
3) JANGAN JADI SEPERTI ‘KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN’
Ayat di atas bermaksud, jika anda sendiri sebagai jurugambar tidak boleh menggayakan sesuatu pose, bagaimana anda ingin menyuruh atau memberi arahan kepada pengantin supaya melakukan pose tersebut? Proses posing menjadi lebih mudah sekiranya anda sendiri dapat menunjukkan cara membuat pose. Secara tidak langsung anda tidak perlu menerangkan kepada pengantin dengan panjang lebar tentang apa yang perlu dibuat, kerana pengantin hanya perlu meniru gaya anda sahaja. Proses posing akan menjadi cepat, mudah dan tepat. Ini juga berkait rapat dengan perkara (2) di atas di mana pengetahuan tentang teknik posing yang betul adalah amat diutamakan.
4) TIDAK BERTANYA KEPADA PENGANTIN JENIS-JENIS GAMBAR ATAU POSING YANG DIINGINI
Pihak pengantin seharusnya diterangkan terlebih dahulu tentang konsep posing dan gambar yang anda akan ambil semasa sesi penggambaran. TETAPI sebagai langkah keselamatan, pastikan anda bertanya atau memberitahu buat kali ke-dua (kali pertama semasa sesi perbincangan) tentang perkara yang sama. Jiikalau boleh, tunjukkan beberapa keping gambar posing yang telah diambil kepada pengantin sepanjang sesi penggambaran. Ini adalah untuk memastikan pasangan pengantin melihat sendiri gambar-gambar mereka dengan konsep yang anda bawa. Seringkali berlaku di mana ramai pengantin suka melihat gambar-gambar portfolio anda, tetapi bila gambar mereka sendiri diambil dengan konsep posing yang sama, ada yang tidak suka dan meminta untuk ditukar. Keadaan menjadi terlalu sukar jika diakhir sesi penggambaran barulah anda sedar tentang perkara ini.
5) JURUGAMBAR TIDAK MEMBERI EKSPRESI SEPERTI YANG DIINGINKAN PADA PENGANTIN
Sebagai jurugambar, apa yang ditunjukkan oleh pasangan pengantin (riak wajah, ekspresi) adalah cermin kepada ekspresi anda sendiri. Ini bermaksud, jika anda ingin pengantin tersenyum riang semasa membuat posing, anda sendiri hendaklah menunjukkan ekspresi tersebut semasa berkomunikasi dengan pengantin dan semasa mengambil gambar. Begitulah juga sebaliknya. Pengantin tidak akan menunjukkan ekspresi serius seperti yang diminta jika anda sendiri sentiasa tersenyum dan ketawa semasa berkomunikasi memberi arahan posing. Jika anda inginkan ekspresi pengantin supaya nampak lebih ‘hidup’ pastikan pengantin memandang kepada seseorang ketika membuat posing. Dengan memandang kepada seseorang ekpresi mereka akan nampak lebih bermakna, dan tidak sekadar pandangan kosong.